Kata Anda

Wednesday, June 9, 2010

Kotak Hitam Frinjan 3.0: Skrin Filem (tayangan filem kalut )




date: 19 JUNE 2010
time: 1.00-11.30pm
location: MAP, solaris dutamas
street :Block A5, level G2-01, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1


JADUAL ACARA (Sebarang perubahan akan dibuat dari semasa ke semasa)


1 pm – 2 pm : Slot Frinjan

2 pm : Screening

3.30 pm : Minum-Minum

4.00 pm : Screening

5.30 pm: Slot Frinjan

BREAK

8.00 pm : Screening

9.30 pm : Minum-minum

10.00 pm: Screening

11.30 pm: Selesai




Film Screenings

KALUT
Bertemakan tontonan ringan dan santai, filem berunsur komedi ini berkisar mengenai pemandu teksi, Selamat yang berdepan konflik rumah tangga kerana beristeri dua.Isterinya, Bibi dan Mimi, masing-masing tidak tahu mereka dimadukan dan Selamat pula cuba sedaya upaya untuk merahsiakannya daripada pengetahuan mereka.Pelbagai helah dilakukan Selamat bagi menutup rahsianya, namun akhirnya tembelang pecah hingga menimbulkan pergolakan sesama mereka.Kekalutan mula berlaku apabila Selamat menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah, menyebabkan Bibi dan Mimi terpaksa membuat laporan polis untuk mencari Selamat.

Pelakon: Azhar Zainal, Ameera Dahlan,Fazleena Hishamuddin, Intan Qamarhani, Fasyali Fadzly & Zaidi Kamaruzaman
Pengarah : Faliq Sharif

http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=160381607043&ref=ts
www.kalutthemovie.blogspot.com


AlONG & KAK LONG
Filem ini bermula dengan kisah peminjam ceti (Along) yang berjumpa dengan Kak Long untuk mengutip hutang. Kak Long adalah seorang pemilik warung nasi lemak yang popular di Kuala Lumpur. Suami Kak Long, Datuk Jam telah melarikan diri dari Along setelah membuat pinjaman wang. Beliau sangat mementingkan diri kerana membelanjakan wang yang dipinjam itu semata-mata untuk berhibur dan telah mengabaikan isterinya. Sementara itu, Kak Long pula yang terpaksa berurusan dengan Along dan menjelaskan segala hutang yang dipinjam oleh Datuk Jam.

Pelakon: Azim Mohd Sharim, Mislina Mutaffa & Aidi Rahimi
Pengarah : Hisyamuddin Ahmad

http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=163051353796&ref=ts

AKU DIA & TONG SAMPAH
Filem ‘Aku, Dia dan Tong Sampah’ mengisahkan Sharnaz (22) yang telah berpisah dengan Hazwan (22). Namun, Sharnaz sebenarnya masih tidak dapat melupakan Hazwan malah teragak-agak untuk membuang segala surat pemberian Hazwan. Insiden di tong sampah telah menemukan Sharnaz dengan Amir (27). Kebetulan bekas kekasih Amir (Dianne, 22) kini adalah kekasih baru bagi Hazwan. Oleh yang demikian, Sharnaz berpakat dengan Amir untuk memenangi semula hati bekas kekasih masing-masing.

Pelakon: Azhar Zainal, Nuremy Nadia & Heiry Azly
Pengarah : Azri Abu Hassan

http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000834540614&ref=ts

3 BUDAK MELAYU
Mengisahkan perjalan 3 orang sahabat,Epol, Nana dan Zurin. Mereka bertiga merupakan pelajar di dalam jurusan perfileman dan filem ini mengisahkan bagaimana mereka bertiga mencari duit dan berusaha untuk membuat sebuah filem.Mereka bertiga menyewa disebuah rumah milik peruncit kedai bernama Wak Karman dan isterinya Mak Milah. Zurin dan Nana tinggal bersama di dalam rumah Wak Karman manakala Epol tinggal di sebuah bangsal yang diubah suai menjadi bilik. Mereka bertiga telah bercadang untuk membuat projek akhir dan memerlukan kamera untuk melakukan penggambaran. Pelbagai peristiwa dan halangan mencuit hati yang mereka telah alami selepas mendapat kamera tersebut. Akhirnya, adakah filem yang mereka mahu hasilkan akan berjaya?

Pelakon : Syahiera Abu Hassan, Fariza, Aizam, Liza Othman & Zaidi Omar
Pengarah : Faizal Lockman Hakim

http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=71628550794&ref=ts


FOR DIRECTIONS: http://bit.ly/aiMkIS



Dianjurkan oleh

Frinjan
http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=49867373732&ref=ts

dan

Map
http://www.facebook.com/#!/mapkl?ref=ts


Dengan Kerjasama

Fact Film Screenings
http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=303333126923&ref=ts


(Tayangan dari pelajar-pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik dan persembahan akustik daripada komuniti Frinjan)

Monday, February 22, 2010

KALUT @ Metro Ahad, 21 Februari 2010




21 Februari 2010, Metro Ahad

Pamer kreativiti, idea segar
Oleh SHAMRAN SARAHANshamss@hmetro.com.my2010/02/21
IMPAK yang sederhana, tetapi bertenaga. Itulah kata ringkas dapat dirumuskan tatkala berpeluang menyaksikan filem Kalut yang dihasilkan sekumpulan penuntut tahun akhir Sarjana Muda di Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik (FTKA), Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Meskipun hanya sebuah filem ringkas dengan biaya penggambaran yang hanya bermodalkan RM13,000, penghasilan filem berunsur komedi ini tetap segar dengan pelbagai idea kreatif dan menarik daripada penuntut terbabit.

Tidak salah mengatakan, usaha FTKA mengadakan projek pembikinan filem bagi penuntut fakulti berkenaan sangat bermanfaat, bahkan landasan terbaik buat mereka untuk mengenali dunia perfileman.

Penuntut Sarjana Muda Seni Layar FTKA, Faliq Sharif, 24, yang juga pengarah filem ini berkata, pengalaman menghasilkan filem berkenaan sungguh berharga dan ia menjadi pemangkin buat dirinya mengejar cita-cita dalam industri perfileman kelak.

Faliq turut menyifatkan pengalaman pertama mengarah filem berkenaan banyak mengajarnya mengenai selok-belok pengarahan sebuah filem.

"Saya tidak menyangka terpilih mengarahkan projek filem ini, saya sangat teruja dan ia peluang baik untuk saya mengembangkan bakat serta kebolehan yang saya miliki.

"Walaupun terikat dengan masa terhad dan jadual ketat, segala suka duka ketika filem ini dihasilkan sungguh berbaloi dan bermakna buat saya," katanya.

Menurut Faliq, pembikinan filem berkenaan adalah satu daripada projek wajib bagi penuntut Sarjana Muda di Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik (FTKA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diperkenalkan sejak Julai 2009.

Ia di bawah kendalian Dekan FTKA, Profesor Dr Hatta Azad Khan bagi subjek Honour Showcase (PPA 653) dan memperuntukkan lima jam kredit.

Kata Faliq, filem berkenaan adalah adaptasi daripada karya teater Run For Your Wife yang diarahkan penggiat teater terkenal, Ray Cooney dan diterjemahkan pensyarah FTKA, Mazli Abd Rahman.

"Sekalipun skrip sudah sedia ada, kami dibenarkan membuat ubah suai dan sedikit penambahan mengikut daya kreativiti kami ketika filem ini dihasilkan.

"Filem ini disiapkan selama 12 hari dalam tempoh hampir tiga bulan dengan durasi 78 minit. Kami mengadakan tayangan perdana pertama di Dewan Ilqam, Fakulti Pengajian Perniagaan UiTM, Oktober lalu dan Januari tahun ini," katanya.

Bagi Faliq, dia berbangga dapat menjayakan filem berkenaan bersama rakan pengajian yang terbabit dalam pembikinan filem itu.

"Saya mahu menjadikan pengalaman ini sebagai permulaan untuk mengembangkan karier (pengarahan) selepas habis belajar nanti," katanya.

Kira-kira 28 penuntut tahun akhir terbabit dalam projek ini. Kos perbelanjaan yang ditanggung untuk pembikinan filem terbabit sebanyak RM13,000 adalah pembiayaan FTKA.

Selain filem ini, sebahagian penuntut FTKA terbabit dengan pembikinan filem Along Dan Kak Long bagi tujuan sama.

Sinopsis Kalut
Bertemakan tontonan ringan dan santai, filem berunsur komedi ini berkisar mengenai pemandu teksi, Selamat yang berdepan konflik rumah tangga kerana beristeri dua.Isterinya, Bibi dan Mimi, masing-masing tidak tahu mereka dimadukan dan Selamat pula mencuba sedaya upaya untuk merahsiakannya daripada pengetahuan mereka.Pelbagai helah dilakukan Selamat bagi menutup rahsianya, namun akhirnya tembelang pecah hingga menimbulkan pergolakan sesama mereka.Kekalutan mula berlaku apabila Selamat menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah, menyebabkan Bibi dan Mimi terpaksa membuat laporan polis untuk mencari Selamat.Di sebalik kemelut yang berlaku, muncul pula watak 'Mimi 2' yang berperanan membantu Selamat menyelamatkan rumah tangganya daripada bercerai berai.

Info

PEMBIKINAN filem Kalut The Movie adalah satu daripada projek wajib bagi penuntut Sarjana Muda di Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik (FTKA), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Ia di bawah kendalian Dekan FTKA, Profesor Dr Hatta Azad Khan bagi subjek Honour Showcase (PPA 653) yang bermula sejak Julai 2009 dan memperuntukkan lima jam kredit

Filem ini adalah adaptasi daripada karya teater, Run For Your Wife yang diarahkan penggiat teater terkenal, Ray Cooney dan diterjemahkan pensyarah FTKA, Mazli Abd Rahman

Kira-kira 28 penuntut tahun akhir terbabit dalam projek ini dan penggambaran bermula pada Ogos hingga Oktober 2009

Filem ini menelan belanja RM13,000 menerusi pembiayaan FTKA

Selain filem ini, sebahagian penuntut FTKA terbabit dengan pembikinan filem Along Dan Kak Long bagi tujuan sama
Apa Kata Mereka Di Sebalik Pembikinan Kalut
SHAMSUL FARIZ MOHD SHARIF, 24
Sebagai penerbit filem, Shamsul mengakui proses pembikinan filem berkenaan memberi cabaran hebat buat dirinya dan rakan yang terbabit dalam filem berkenaan.

Shamsul berkata, dengan jumlah wang perbelanjaan yang tidak seberapa dan masa terhad, tugas menyiapkan filem berkenaan memang payah dan rumit untuk mereka.

"Begitupun, kami tetap seronok kerana rata-rata daripada kami masih baru dan pertama kali terbabit secara langsung dalam pembikinan filem.

"Saya dan rakan percaya, memulakan sesuatu yang baru bukan mudah. Itu sudah menjadi asam garam, apatah lagi dalam usaha menyiapkan sebuah filem," katanya.

Menyentuh pendapat peribadi mengenai pembabitannya dalam projek filem ini, Shamsul menganggap ia sebagai landasan baik untuk mengembang pengetahuan dan pengalaman dalam industri perfileman.

"Walaupun hanya satu daripada projek untuk keperluan kursus dan pengajian, ia sebenarnya pendedahan baik buat saya. Sudah tentu peluang ini menyerlahkan lagi kebolehan saya dalam bidang perfileman.

"Apatah lagi ditugaskan sebagai penerbit dalam projek ini, ia memang menarik memandangkan saya daripada bidang pengajian penulisan artistik. Dalam dunia perfileman, saya perlu mempelbagaikan kebolehan saya, jadi ini pengalaman berharga kepada saya," katanya.

MUHAMAD AZHAR ZAINAL, 25
Pemuda berasal dari Ijok, Batang Berjuntai, ini bukan saja bangga dengan pembabitannya dalam projek filem ini, malah menganggap ia wadah berfaedah kepada penuntut FTKA untuk mendalami bidang yang mereka ceburi itu.

Menurut Azhar, penuntut wajar diberi pendedahan dan latihan praktikal sedemikian, bukan hanya disogok dengan teori dan sesi pembelajaran.

"Di FTKA, kami boleh dikatakan perintis bagi program pembikinan filem ini dan ia permulaan baik buat kami dan generasi berikutnya yang ingin mengabdikan diri dalam bidang ini selepas belajar nanti.

"Saya bagai tidak percaya kami dapat menghasilkan filem Kalut dengan jayanya. Ia pengalaman hebat dan sungguh menyeronokkan buat saya," katanya.

Azhar sebelum ini aktif dalam pengarahan dan lakonan teater sepanjang bergelar siswa dan pernah terbabit dengan pementasan teater hebat di Istana Budaya (IB) seperti Puteri Gunung Ledang, Ibu Zain dan Cuci The Musical.

"Saya sangat meminati bidang seni ini dan ingin menjadikannya sebagai karier hidup saya. Walaupun lebih aktif dalam persembahan teater, pembabitan dalam projek filem ini menjadi percubaan untuk saya melangkah lebih ke depan," katanya.

NUR AMEERA MOHD RAMLI, 24
Sekalipun pernah terbabit dalam lakonan drama di kaca televisyen, Ameera mengakui teruja dengan pembabitannya dalam projek filem ini, lagi pula berpeluang melakonkan watak utama.
Bagi Ameera, projek berkenaan sangat istimewa kerana hanya membabitkan penuntut yang sealiran serta rakan satu pengajian yang rapat dengannya.

"Saya dan rakan dapat mencurahkan segala kreativiti mengikut acuan kami. Itu satu proses pembelajaran yang baik untuk menilai kemampuan dan keupayaan kami.

"Ia menjadi pengalaman yang tidak mungkin dapat saya lupakan, tambahan pula ia diarahkan rakan rapat (Faliq). Lebih bermakna, filem ini berjaya dihasilkan dengan baik walaupun serba serbinya agak kekurangan," katanya.

Menyentuh pembabitan Ameera dalam dunia lakonan, gadis berasal dari Taiping, Perak ini memang berbakat. Dia pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Teater Kebangsaan 2008 dan Festival Teater Selangor 2007.

Dia juga pernah berlakon untuk drama, Kerana Dia yang ditayangkan di RTM pada 2005 dan Cewek Dari Jakarta yang ditayangkan di Astro pada 2007.

"Saya memang serius untuk mengembangkan karier sebagai pelakon. Walaupun sedar laluan yang bakal ditempuhi untuk bergelar pelakon bukan mudah, saya bersedia menghadapinya," katanya.

Thursday, October 29, 2009

TAYANGAN PERDANA MALAM INI!!!

PERINGATAN KEMBALI…

TAYANGAN PERDANA KALUT & ALONG KAK LONG

DI INSTITUT KUALITI & KEPIMPINAN (ILQAM)

UiTM MALAYSIA

JAM 7.30 MALAM

 

JEMPUT SEMUA HADIR!!!

Friday, October 23, 2009

Sekitar pengambaran

IMG_4964 

IMG_4967

IMG_5083

IMG_5082

IMG_5112

IMG_4979

Latarbelakang Produksi K A L U T

Pada bulan Julai 2009, subjek Honour Showcase (PPA 653), dibawah kendalian Dekan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Prof. Dr. Hatta Azad Khan memulakan kelas pertama. subjek ini memperuntukkan 5 jam kredit. Prof telah memberi dua naskhah teater untuk diadaptasi ke filem iaitu naskhah KALUT dan ALONG & KAK LONG. kelas dipecahkan kepada dua kumpulan. setiap kumpulan telah memilih dua naskhah yang diberi. Kalut sebuah karya teater RAY COONEY iaitu RUN FOR YOUR WIFE. naskhah ini telah diterjemahkan oleh pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Mazli Abd Rahman. Naskhah ini telah diadaptasi sekali lagi ke naskhah filem. ia dilakukan bersama oleh Produksi K A L U T.

pro produksi hanya mengambil masa sebulan. semua kerja dilakukan dengan pantas. pertengahan Ogos 2009, pengambaran bermula. oleh kerana terdapat dua kumpulan di dalam kelas, pengambaran setiap kumpulan diselang selikan setiap minggu. produksi hanya keluar untuk pengambaran pada hujung minggu. pengambaran hanya selesai pada pertengahan Oktober 2009. sekarang, produk sedang dalam proses penyuntingan.

Produksi K A L U T berkerja dengan bajet yang terhad, tenaga yang terhad, masa yang terhad dan segalanya terhad.  segala permasalahan yang dihadapi berjaya di atasi walaupun terdapat kekurangan dan kecacatan.

jangan lupa menonton K A L U T.

Sinopsis K A L U T

Mengisahkan Selamat, seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur. Selamat mempunyai dua orang isteri iaitu Bibi dan Mimi. Mereka berdua tidak mengetahui akan mereka telah dimadukan oleh Selamat. Bagi mengaburi mata kedua-dua isterinya itu, Selamat bekerja sebagai pemandu teksi dan pada tiap-tiap hari dan waktu Selamat mempunyai “kod rahsia” yang akan memastikan Selamat tiba pada waktu yang tepat ke rumah Bibi dan Mimi. Kekalutan berlaku apabila Bibi dan Mimi membuat laporan akan “kehilangan” Selamat apabila Selamat tidak pulang ke rumah kedua-dua isterinya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kekalutan itu dapat diselesaikan dengan wujudnya watak “Mimi 2” yang menyelamatkan Selamat dan rumah tangganya dari bercerai.

Apa yang telah Mimi 2 lakukan? Adakah isteri-isterinya boleh menerima mereka telah dimadukan? Mahu jawapannya?

Jangan lupa saksikan K A L U T.

“Sumpah, I dengan U je!”

 

FINALE

draf banner KALUT




Ba
nner yang dah diapprove oleh dekan kami Prof. Dr Hatta Azad Khan dan pengarah kami Faliq Sharif.
cuma kena edit nama pelakon jer...progress yang bagus!

banner design by byxura

TAYANGAN PERDANA

TEMPAT : DEWAN ILQAM, FAKULTI PENGAJIAN PERNIAGAN, UiTM MALAYSIA

TARIKH : 30 OKTOBER 2009

MASA : 7.45 MALAM

MASUK PERCUMA!


sebarang pertanyaan sila hubungi sheila (012-7798134) atau nad (019-9290181)


p/s: poster will be out soon~:)

Teaser K A L U T

K A L U T The Movie




A K A N D A T A N G


"Sumpah, I dengan U je!"